Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ianya membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek, meta yang membawa maksud “selepas” dan fizik yang membawa maksud “yang mengenai alam”. "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam yang ditulis oleh Aristotle.
Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:
Apakah sifat realiti?
· Di manakah tempat manusia di dunia?
· Adakah warna objektif atau subjektif?
· Adakah dunia wujud di luar minda?
· Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?
Dan apabila kita menyebut perkataan sains, bermakna ianya melibatkan kajian dan penyelidikan. Maka, sains metafizik adalah satu kaedah sains yang banyak menggunakan kajian dan penyelidikan seperti pemerhatian kes, penggunaan sampel dan sebagainya.
Apakah perbezaan kaedah Kaedah Rahsia Tarikh Lahir dengan kaedah-kaedah yang lain?
Hidup kita berkaitan rapat dengan Sains Metafizik, seperti kenapa kita sakit, kenapa matahari terik di kepala pada waktu tengahari dan sebagainya. Sains metafizik cuba menjelaskan sesuatu yang terjadi adalah realiti kejadian yang di luar pemikiran kita.
Kaedah Rahsia Tarikh Lahir (RTL) adalah berdasarkan kajian tentang kelakuan dan perbuatan manusia. Ianya adalah salah satu cabang dalam kajian sains metafizik, yang telah dilakukan berkurun-kurun lamanya.
Kaedah-kaedah yang lain mungkin menggunakan faktor-faktor persekitaran kita, contoh seperti arah pintu rumah/pejabat, pili air, susunan perabot atau sebagainya, dimana faktor-faktor tersebut mungkin boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Namun, tarikh lahir kita tidak mungkin akan berubah. Apa yang telah tertulis di Sijil Kelahiran anda, tarikh itulah yang akan anda gunakan sebagai tarikh lahir anda untuk selama-lamanya seperti untuk urusan kemasukan sekolah, urusan perkahwinan dan sebagainya.
Ketahuilah, sesungguhnya, tarikh lahir adalah sesuatu yang tidak akan berubah dalam hidup anda, waima dikala anda mati kelak, tarikh lahir dan tarikh kematian anda adalah dua tarikh yang akan dicatatkan di atas batu nisan anda. Tiada tarikh-tarikh yang lain seperti tarikh nikah, tarikh melanjutkan pelajaran, tarikh membeli kereta, tarikh kenaikan pangkat mahupun nombor kad pengenalan anda sendiri atau sebagainya. Maka, renung-renungkanlah!!
Mengapa kita menggunakan Kaedah Rahsia Tarikh Lahir sebagai rujukan?
Kaedah ini juga dapat membantu anda menganalisa kekuatan, kelemahan dan potensi diri disamping memahami tindak tanduk dan perangai pasangan anda, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, majikan atau kakitangan, rakan niaga ataupun sesiapa sahaja yang di sekeliling anda.
Melalui tarikh lahir dapat disingkap akan potensi-potensi diri yang terpendam yang mungkin anda sendiri tidak sedar bahawa anda mempunyai potensi sedemikian, kelemahan yang perlu diatasi dan pengaturan strategi dapat dilakukan.
Bagaimana anda ingin mengenali orang lain jika anda belum mengenali diri anda sendiri?
Bagaimana anda ingin menguasai orang lain jika anda belum menguasai diri anda sendiri?
Sesungguhnya, apabila seseorang dapat mengenali dan menguasai dirinya, maka sewajarnya dia pasti mudah untuk mengenali serta menguasai orang lain dan bidang perniagaan atau pekerjaan yang dia ceburi.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya”.
Justeru itu, kenalilah dan kuasailah diri anda sendiri terlebih dahulu, sebelum anda mengenali dan menguasai orang lain, menggunakan KAEDAH RAHSIA TARIKH LAHIR.
Antara faktor-faktor yang dapat disingkap dengan menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut :
- Analisa Ringkas Peribadi - Penerangan nombor utama (nonbor akar) iaitu potensi sebenar diri secara asas
- Analisa Lengkap Peribadi - Penghuraian nombor tiga kombinasi melalui penghuraian rajah segitiga tarikh lahir anda. Nombor tiga kombinasi ini dapat menyingkap tentang potensi diri seseorang, yang mana mereka sendiri pun tidak menjangkakan yang mereka memiliki potensi atau bakat yang sedemikian.
- Analisa Terperinci Peribadi - Penghuraian nombor dua kombinasi melalui penghuraian rajah segitiga tarikh lahir anda.
- Interaksi elemen dengan kerjaya dan warna. Daripada nombor utama dapat dikenalpasti elemen dan interaksi elemen yang dikaitkan dengan kesesuaian bidang yang boleh diceburi dan warna yang paling sesuai.
- Dan lain-lain lagi seperti nombor akhir hayat.
PERINGATAN!!
Kaedah Rahsia Tarikh Lahir ini bukanlah untuk menilik nasib bila anda akan mati atau berjaya tanpa membuat apa-apa usaha. Tetapi ianya merupakan sebagai petunjuk untuk menyingkap potensi diri anda agar anda lebih berjaya dan cemerlang dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mengetahui apakah kelebihan, potensi, kekuatan, kelemahan dan ancaman mereka, maka mereka boleh membuat persiapan yang lebih khusus untuk menghadapi kehidupan mereka.
Kaedah Rahsia Tarikh Lahir ini juga bukanlah ramalan menunjukkan apa yang pasti akan berlaku di masa akan datang, yang mana perbuatan itu adalah syirik. Tetapi ia adalah kaedah untuk menyingkap tentang potensi yang bakal kita tempuhi agar kita tahu cara menguruskannya serta menghadapinya. Samada ia berlaku atau tidak, terserah pada kuasa Allah s.w.t.
Sebagai contoh, apabila kita memandu di jalanraya atau di lebuhraya, kita akan dapati banyak papan tanda yang memberi petunjuk kepada pemandu untuk menuju ke suatu arah perjalanan. Antara papan tanda yang yang sering kita lihat adalah seperti simpang di hadapan, R&R – 5km, selekoh merbahaya dan sebagainya. Antara tujuan utama papan tanda tersebut adalah untuk memberitahu dan memberi peringatan kepada pemandu tentang apa yang menanti di hadapan agar pemandu bersiap sedia untuk menghadapi perkara tersebut. Contohnya, sekiranya ada simpang merbahaya di hadapan, maka pemandu harus memperlahankan kenderaan dan lebih berhati-hati.
Setiap manusia telah ditentukan qada'nya oleh Yang Maha Esa tetapi kita sebagai manusia boleh mengubah qadarnya...
Mengetahui apa yang berlaku esok hari adalah kuasa Yang Maha Esa. Keupayaan merangka strategi untuk esok hari adalah kekuatan manusia.
Firman Allah yang bermaksud :
Allah tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum..melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..
Inilah di namakan takdir (QADA DAN QADAR).
Maka, KENALILAH POTENSI DIRI ANDA DAN KUASAILAH DIRI ANDA sebagai perancangan di masa hadapan dan membaiki kesilapan di masa silam.
PERHATIAN:
Kepada para ibu bapa, adalah wajar untuk anda mengetahui potensi anak-anak anda supaya anda boleh membentuk mereka dari peringkat awal. Sebagai contoh: Anak anda mempunyai potensi getaran suara, anda boleh melatih mereka untuk bercakap atau menulis seperti story telling dan sebagainya ataupun anak anda berpotensi mempunyai pergerakan wang aktif, iaitu seorang yang boros, anda bolehlah melatihnya menabung daripada kecil.
Contoh Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir
Individu ini memiliki pola angka Getaran Suara, bermaksud ada anugerah dan bakat dalam bidang komunikasi, iaitu melalui percakapan dan penulisan.
Individu ini sangat menawan (tidak semestinya jelita atau tampan), tetapi ada karisma. Memiliki keistimewaan “pelaris semulajadi” bermaksud mudah untuk yakinkan orang, mudah memujuk orang dan memiliki getaran tarikan orang.
Berkebolehan untuk menjadi “orang tengah” yang mahir menguruskan dua pihak.
Individu ini mempunyai masalah lebihan elemen besi dalam badan. Sekiranya tidak berhati-hati dengan kesihatan, bagi jangkamasa panjang, berpotensi mengalami masalah pening kepala, kemurungan, gangguan emosi, batu karang, kanser dan sebagainya.
Individu ini berpotensi untuk mempunyai banyak harta di akhir hayat (nombor akhir hayat).
Ini adalah sebahagian dari analisa tarikh lahir. Analisa ini berpotensi mempunyai ketepatan sehingga 90%.
0 comments:
Post a Comment